KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkakan pemeteraian perjanjian pembelian aset keselamatan baharu sebanyak RM500 juta dalam penganjuran Persidangan dan Pameran Umum Peralatan Khas Polis Asia (GPEC) ke 4 2015, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia membabitkan pembelian aset baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Saya menjangkakan pemeteraian perjanjian pembelian aset baharu bernilai RM500 juta termasuk helikopter dan beberapa memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dan perjanjian perpindahan teknologi akan dipertingkatkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan GPEC ke 4 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90538