Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Kalau gaji tak naik-naik barulah tak betul

$
0
0

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan kerajaan negeri Kelantan menaikan elaun Adun, Exco, Timbalan, Menteri Besar dan Speaker Kelantan yang berkuat kuasa Januari tahun hadapan.

Menerusi posting di laman Facebook miliknya, Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, semua kenaikan gaji yang diluluskan di Parlimen dan dewan-dewan negeri adalah betul.

“Yang tak betul ialah gaji tak naik-naik. Hanya kerajaan gila sahaja naikkan gaji sesama mereka tanpa naikkan gaji kakitangan awam,’ tulisnya.

Nik Abduh berkata demikian susulan kenyatan Adun Salor, Datuk Husam Musa menyindir kerajaan Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyatnya tanpa memikirkan keadaan ekonomi rakyat kini.

Persidangan Dun Kelantan pada Isnin meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

Anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Rang undang-undang itu yang dibentang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles