Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

United lega

$
0
0

Manchester, England: Tandukan padu Wayne Rooney menamatkan kemarau jaringan Manchester United serta memastikan kemenangan 1-0 ke atas CSKA Moscow sekali gus menyaksikan mereka melonjak ke tangga pertama Kumpulan B Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

United kelihatan meraih keputusan seri tanpa jaringan keempat berturut-turut sebelum Rooney menyempurnakan hantaran lintang Jesse Lingard lalu menanduk kencang melepasi penjaga gol CSKA Igor Akinfeev pada minit ke-79.

Ia gol ke-237 penyerang England itu buat kelab Old Trafford sekali gus membolehkannya menyamai rekod Denis Law sebagai penjaring gol kedua terbanyak kelab itu, 12 gol di belakang Bobby Charlton.

Di sebalik mendominasi pegangan bola sepanjang perlawanan, United bergelut untuk memecah benteng kukuh kelab Russia itu yang hanya sekadar mampu melakukan beberapa serangan balas pantas.

United, sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam Liga Perdana menentang Manchester City dan Crystal Palace serta pertemuan Piala Liga dengan kelab divisyen dua Middlesbrough, tidak banyak mencipta peluang baik hinggalah gol kemenangan Rooney.

Keputusan itu menyaksikan saingan kumpulan itu semakin terbuka dengan United tujuh mata, satu mata di depan VfL Wolfsburg dan PSV Eindhoven, yang mengatasi kelab Jerman itu 2-0 di laman sendiri awal pagi semalam. CSKA di tangga tercorot dengan empat mata.

“Sukar dipercayai kerana kami mencipta sekurang-kurangnya 12 peluang malam ini dan terpaksa menunggu lama sebelum mendapat gol,” kata pengurus United, Louis van Gaal.

“Sebelum itu mereka mungkin boleh menyumbat gol dan jika ia berlaku, ia pasti satu perlawanan berbeza. Saya gembira. Kami bermain dengan baik.”

Selepas berdepan kritikan banyak pihak musim ini, United hanya perlu menang satu daripada dua perlawanan terakhir mereka di laman sendiri menentang PSV dan Wolfsburg di gelanggang lawan untuk layak ke pusingan kedua.

“Denis Law seorang legenda di kelab ini dan untuk menyamai rekodnya adalah satu penghormatan besar buat saya,” kata Rooney, penjaring gol terbanyak pasukan kebangsaan England.-harian metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles