Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Amy Search terus kumpul dana sekolah tahfiz

$
0
0

USAHA murni penyanyi, Amy Search menubuhkan sekolah tahfiz miliknya yang diberi nama Al Bayan School of Quran & Hadith pada Disember tahun lalu semakin dipermudahkan ALLAH SWT.

Aku Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, setiap kali sekolah berkenaan menghadapi kesukaran sama ada kecil atau pun besar pasti akan ada pihak tampil menghulurkan bantuan.

“Pada awal penubuhan memang saya ada rasa risau, tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, walau ada ketika kami punya masalah besar atau kecil pasti ada penyelesaiannya.

“Saya juga bersyukur kerana rezeki yang diberikan untuk operasi sekolah ini, tidak kurang dan tidak lebih, memang cukup-cukup sahaja.

“Sampai kadang-kadang saya sendiri tidak menyangka rezeki yang datang pada waktu kami memerlukan dan tidak terbalas oleh saya kepada jasa pihak yang sudi membantu,” katanya kepada Zass ketika ditemui pada sidang media kerjasama Cahaya Jiwa Amy Search dan Saiful Kadir, baru-baru ini.

Kolaborasi itu diadakan bagi kempen mengumpul dana untuk Al Bayan School of Quran & Hadith menerusi penjualan lukisan khat yang dilukis sendiri oleh Saiful.

Sebagai permulaan, mereka akan melancarkan pameran seni Cahaya Jiwa di Perkarangan Istana Budaya bermula 23 hingga 25 Disember ini bersempena sambutan Maulidur Rasul.

Terdapat 40 lukisan akan dipamerkan dan dijual pada hari tersebut dan sebanyak 30 peratus dari hasil penjualan lukisan akan disalurkan kepada sekolah tahfiz berkenaan.

Amy berkata, dia terpaut dengan seni khat hanya selepas sekali bertemu dengan Saiful yang hasil kerjanya cukup halus dan tinggi nilai estetikanya.

“Sebanyak 30 peratus hasil jualan setiap lukisan akan disalurkan ke sekolah tahfiz kami dan berharap dengan dana itu ia akan memberikan manfaat kepada pembangunan dan operasi sekolah itu.

“Di harap juga, pembangunan yang berterusan untuk sekolah itu dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja menghafal al-Quran tetapi menjadi insan berilmu dan profesional,” katanya.

Buka pusat sehenti mualaf

Amy turut berkongsi impiannya, suatu hari nanti, dia dapat juga menubuhkan satu pusat sehenti bagi mualaf secara percuma.

“Sekolah itu ada tempat belajar dan anak-anak sekolah di samping bekerjasama dengan ulama daripada China untuk memudahkan komunikasi antara mereka.

“Pusat itu akan saya berikan secara percuma. Namun itu hanya impian, belum lagi tahu bila akan tertunai. Sekarang mahu fokus pada sekolah tahfiz ini terlebih dahulu.

“Saya mahu melihat operasi sekolah tahfiz ini berjaya dahulu dan berpindah ke kawasan lebih besar agar dapat memberi peluang kepada ramai lagi pelajar yang ingin mendaftar,” katanya.

Berkongsi pengalamannya membuka sekolah tahfiz, Amy memberitahu dia pernah menerima tawaran sesetengah pihak untuk mewakafkan tanah bagi dijadikan lokasi sekolahnya itu.

“Tapi saya tolak sebab sekolah ini baru sahaja beroperasi. Lagipun setakat ini kami mahu fokus kepada 30 pelajar sahaja.

“Memang ada ramai yang menunggu untuk mendaftar di sekolah ini, namun kami terpaksa menolaknya kerana tidak mahu terlalu padat,” katanya.

Menurut Amy, pelajar yang kini belajar di sekolah tahfiz itu ada yang terdiri daripada anak orang biasa, anak yatim dan juga peminatnya sendiri.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles