Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Tentera kerah anggota, aset hadapi banjir

$
0
0

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menggerakkan 1,572 pegawai dan 27,021 anggota pangkat rendah serta 1,487 pelbagai aset ketenteraan bagi menghadapi bencana banjir.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, aset itu terdiri daripada 358 bot, 852 trak tiga tan, 25 trak tujuh tan, 118 ambulans, sebuah pesawat C130, sebuah pesawat CN 235, sembilan helikopter, 12 kapal laut, lapan bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) CB90, dua set compact 100 Bridge, 22 set Floatable Platform dan 79 dapur medan.

Beliau berkata, Bilik Gerakan Operasi Banjir (War Room) bagi memantau situasi banjir sudah diaktifkan sejak 16 November lalu.

“Kita sudah menubuhkan jawatankuasa induk pengurusan bencana untuk menyelaras serta memastikan kerja mendapatkan maklumat dan menyalur bantuan banjir dapat dilaksanakan dengan berkesan serta sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Pusat pengumpulan sumbangan untuk mangsa banjir turut disediakan dan setakat ini, sat pusat pengumpulan dibuka iaitu Depoh Simpanan Pertahanan (DSP) di Sungai Buloh,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan tadi.

Katanya, 51 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dikenalpasti di negeri yang sering berlaku banjir dan boleh menampung 400 mangsa banjir.

-Harian Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles