Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

PSM kenal pasti pelapis baharu takraw negara

$
0
0

LIGA Sepak Takraw Malaysia (STL) 2015 yang memulakan tirai 10 Oktober lalu kini memasuki kelompok empat terbaik.

Black Panthers (Pulau Pinang), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), City Flyers (Kuala Lumpur) dan Gomo Warriors (Kelantan) telah mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir 12 Disember ini.

Paling mencuri tumpuan adalah Gomo Warriors yang bangkit dari permulaan buruk tewas tiga perlawanan pertama untuk mencatat kemenangan keempat berturut dengan menewaskan Green Titans 3-0 pada aksi terakhir kumpulan sekali gus menyambar tiket terakhir ke separuh akhir.

Dianggap sebagai antara pasukan yang berpotensi tersingkir awal daripada saingan, Gomo Warriors menyerlahkan potensi sebenar mereka tepat pada masanya dan membuktikan betapa istilah putus asa tiada dalam kamus perjuangan mereka.

Usaha berterusan PSM

Saingan yang diadakan dengan pembabitan tiga regu bagi setiap pasukan nyata mendapat sambutan di kalangan peminat sukan warisan ini.

Mahu atau tidak, tindakan proaktif dan komitmen berterusan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menganjurkan kejohanan seumpama ini sememangnya tepat pada masanya dalam usaha terus melonjakkan sukan tradisional ini.

Bagi jurulatih skuad kebangsaan, Najib Iman, STL pentas terbaik untuk mengetengahkan bakat di kalangan peserta.

“Selepas berakhirnya Kejohanan Grand Prix Kebangsaan baru-baru ini, inilah pentas terbaik buat pemain mempamerkan bakat supaya terus konsisten.

“Selain itu juga barisan skuad kebangsaan yang turut serta menyertai kejohanan ini mampu memperbaiki dan mempertingkatkan corak permainan mereka,” katanya.

Kenal pasti pelapis baharu

Mengenai kemungkinan beberapa pemain yang mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan ini dipanggil menyertai skuad kebangsaan, Najib tidak menolak kemungkinan tersebut.

“Hasil dari kejohanan ini yang telah memasuki saingan separuh akhir, kita mengenal pasti beberapa pemain yang berkaliber untuk diketengahkan bersama skuad kebangsaan.

“Bayangan skuad pelapis juga sudah kelihatan hasil penganjuran kejohanan berterusan oleh PSM yang pastinya memberi petunjuk positif,” ujarnya.-sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles