Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

TPM Hadir Program Malam Cinta Rasul Di Bagan Datoh

$
0
0

BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke program ‘Malam Cinta Rasul, Bagan Datoh Berselawat’ di sini, malam tadi.

Program yang diadakan di Tapak Pasar Malam Pekan Bagan Datoh, di sini turut dihadiri oleh lebih 10,000 pengunjung terdiri daripada masyarakat setempat dan pelajar sekolah agama di kawasan berhampiran.
Beliau yang tiba kira-kira jam 9 malam turut diiringi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, barisan Exco Kerajaan Negeri dan pemimpin tempatan.
6
Program berkenaan telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Perak, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datoh dan juga Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (Kadir).
Tokoh Qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf telah mengetuai program selawat pada kali ini.

7

Sepanjang program yang berlangsung hampir tiga jam itu, Habib Syech telah menyampaikan beberapa qasidah dan selawat antaranya, Ya Rasulullah Ya Nabi, Ya Hanana, Nurul Musthofa dan Ya Habib yang kebanyakannya dipetik menerusi beberapa album qasidahnya.
Acara turut diserikan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran, alunan Qasidah, persembahan nasyid, tazkirah dan juga zikir.
Orang ramai yang tiba seawal 6 petang tidak melepaskan peluang untuk solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di masjid berhampiran.
Tazkiran Maghrib juga telah disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood).

4


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles