Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Mahfuz tanya SPRM siapa derma RM2.6b

$
0
0

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan maklumat terperinci mengenai wang RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahfuz berkata, SPRM perlu memberi penjelasan terhadap isu berkenaan dengan mengumumkan nama dan negara asal penderma tersebut.

“Perakuan SPRM yang menyatakan sudah bertemu dengan penderma yang memasukkan wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri menimbulkan persoalan kenapa tidak diumum siapa penderma tersebut?
“Apa yang sukar untuk SPRM dan PM Najib mengumumkan nama dan negara asal penderma tersebut?

Menurutnya lagi, sebagai organisasi yang menjalankan siasatan terhadap isu berkenaan, SPRM perlu menjelaskan ke mana wang tersebut dibelanjakan dan sebab dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau (Najib)
“Berapa jumlah yang belanjakan dan berapa baki wang tersebut?

“Adakah baki wang tersebut masih berada dalam negara dan di dalam akaun siapa dan bank mana baki tersebut berada? Ini semua mesti dijawab oleh SPRM yang menjalankan siasatan,’ katanya dalam satu kenyataan.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles