Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Skuad B-13 pamer taring

$
0
0

Kuala Lumpur: Skuad bawah 13 tahun negara (B-13) terus mempamerkan belang apabila menewaskan skuad SL Olivais B-13 dari Portugal 2-0 dalam saingan Kumpulan D di Kompleks Sukan San Pedro, Marbella, Sepanyol sekali gus menempah tiket ke suku akhir kejohanan Ibercup Costa del Sol.

Ia kemenangan kedua dicatatkan barisan pemain Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) kendalian Lim Teong Kim itu selepas membenam Atletico Madrid 1-0 di La Campana kelmarin.

Dalam aksi menentang SL Olivais, skuad muda negara tidak berdepan masalah mengutip tiga mata penuh menerusi jaringan Asman Asrul dan Luqman Hakim.

Kemenangan itu juga membolehkan anak buah Lim Teong Kim mara ke suku akhir apabila kini mengungguli tangga teratas kumpulan dengan enam mata dengan saingan berbaki satu perlawanan.

Perlawanan terakhir satu lagi pasukan dari Portugal CF Os Belenenses yang menduduki tangga kedua selepas mengumpul empat mata hari ini hanya akan menentukan juara kumpulan.

Pada suku akhir nanti, Malaysia bakal bertemu pencabar dari Kumpulan C terdiri daripada Sporting CP, FC Barreirense, CDAD Pablo Picasso dan NK Bubamara Zagreb.

Kejohanan Ibercup ini kejohanan paling berprestij bagi peringkat remaja di dunia. Ia membabitkan pasukan kelab handalan dunia seperti Barcelona, Real Madrid, Liverpool, Juventus, Inter Milan dan Lyon.

– http://www.hmetro.com.my/


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles