Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Dulu seorang, kini berdua

$
0
0

Kuala Lumpur: Personaliti TV3, Zaim Helmi Zaini dan pasangannya, Nurdamia Mohamed Nasir kini bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 10.53 pagi ini.

Zaim, 29, yang juga pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) melafazkan akad di sebuah hotel terkenal di Ampang.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin, Mohammed Nasir Mohamed.

Zaim menyerahkan mas kahwin RM10,000 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

“Alhamdulillah, majlis pagi ini berjalan lancar walaupun secara keseluruhan saya sendiri menguruskan majlis ini disebabkan keluarga menetap di Brunei.

“InsyaAllah, saya cuba menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab kepada isteri. Tak sabar rasanya untuk hidup berpasangan dan saling melengkapi antara satu dengan lain,” katanya.

Zaim berkata, selepas ini keputusan yang ingin dibuat perlu membabitkan isteri dan bukan lagi sendirian.

“Paling penting, masing-masing kena sentiasa saling percaya, memahami dan bertolak ansur,” katanya.

Memilih busana rona putih, majlis itu dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada sanak saudara dan teman rapat.

Majlis persandingan kedua mempelai akan diadakan di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam, berkonsepkan moden tradisional, Ahad ini

Pasangan ini mengikat tali pertunangan, Mei lalu.

-Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles