Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

#ShutDownSungaiBesi serius bantah kenaikan kos sara hidup

$
0
0
image (8)

KUALA LUMPUR – ?Protes #ShutDownSungaiBesi yang berlangsung di ambang tahun baharu berlangsung dengan lancar, bagaimanapun tiada sambutan.

?Difahamkan, protes tersebut bermula kira-kira jam 11 malam dan berakhir tepat jam 12 tengah malam di Plaza Tol Lebuhraya Sungai Besi, malam tadi.

Pengerusi protes, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, protes tersebut diadakan bagi membantah kenaikan tol di samping menentang kenaikan barangan dan kos sara hidup yang berlaku di negara ini.

“Rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup sekarang. Zaman sekarang semua barang dan keperluan sudah naik.

“Kami mengadakan protes untuk menunjukkan bahawa kami bersungguh-sungguh untuk bantah kenaikan tol yang kini menyebabkan rakyat semakin terhimpit dengan kehidupan sekarang,” katanya ketika ditemui Sinar Online.

Kira-kira puluhan peserta protes berkumpul di lebuh raya itu untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan tol yang berlaku pada tahun ini.

Turut kelihatan pada protes itu adalah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles