Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Loeb mahu ikat jejak Vatanen

$
0
0
02hmrali1.transformed

Buenos Aires: Juara rali dunia sebanyak tujuh kali Sebastien Loeb (gambar) akan memberi saingan hebat dalam aksi Rali Dakar tahun ini ketika pelumba Qatar Nasser al-Attiyah bertekad mempertahankan gelarannya di Argentina dan Bolivia.

Pelumba Perancis itu mahu mengikut jejak Ari Vatanen, yang menjuarai Dakar dalam percubaan pertamanya pada 1987, sewaktu ia dipertandingkan di Afrika.

Selepas Peru menarik diri sebagai tuan rumah pada Ogos lalu dengan alasan kebimbangan terhadap fenomena cuaca El Nino, rali berkenaan akan diadakan di Argentina dan Bolivia, sejauh 11 kilometer yang akan bermula hari ini.

Loeb menyertai Kejuaraan Touring Car Dunia sejak bersara daripada rali WRC sebaik menjulang gelaran kesembilan berturut-turut pada 2012.

Pelumba berusia 41 tahun itu yang tampil dalam perlumbaan rali sejak meninggalkan litar kejuaraan dunia WRC malah menjuarai perlumbaan di Monte Carlo dan Argentina pada 2013, akan memandu Peugeot 2008 DKR, selepas memandu untuk satu lagi pengeluar Perancis, Citroen.

Pasukan Peugeot akan mempertaruhkan tiga kereta lain di mana Loeb akan menyertai Stephane Peterhansel (tangga ke-11 pada 2015), Carlos Sainz (gagal menamatkan perlumbaan) dan Cyril Despres (tempat ke-34).

“Rali Dakar berbeza dengan perlumbaan yang pernah saya sertai sebelum ini,” kata Loeb. – AFP

– harian metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles