Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

‘Liga Itali lagi mencabar’

$
0
0
04hm53patty6.jpg.transformed

Milan: Pertahanan Inter Milan Miranda mengakui terkejut dengan saingan Serie A yang lebih kompetitif berbanding La Liga.

Pemain Brazil itu meninggalkan Atletico Madrid pada musim panas lalu dan selepas beraksi separuh kempen di kelab San Siro, dia berpendapat liga utama Itali lebih seimbang berbanding liga elit Sepanyol itu.

Inter yang dibimbing Roberto Mancini kini berada di puncak liga sebelum perlawanan disambung kembali pada Khamis, dengan hanya empat mata memisahkan kelima-lima pasukan teratas.

“Serie A benar-benar mengejutkan saya kerana sungguh kompetitif, ” kata Miranda.

“Banyak pasukan yang dianggap kecil. Tapi, tahap bersaing mereka setanding dengan pasukan besar.”

“Dalam La Liga, pasukan besar sudah pasti menjadi pilihan, justeru saya anggap Serie A jauh lebih seimbang.”

Miranda turut mengesahkan objektif Inter masih mahu kembali ke Liga Juara-Juara, namun pemain berusia 31 tahun itu berharap dapat memiliki hadiah lebih besar pada akhir musim.

“Untuk 2016, saya mahu lebih banyak tenaga dan menakluk gelaran juara bersama Inter,” kata Miranda.

“Saya memilih Inter kerana benar-benar percayakan pasukan ini. Kini kami mahu berjuang untuk menjulang Scudetto.

“Kami mempunyai pasukan kuat dan mantap, sentiasa fokus kepada kemenangan. Saya harap mampu menukar impian kepada kenyataan iaitu menjadi juara bersama Inter.

“Inter pasukan kuat dan mereka sudah membuktikan kemampuan. Sebagai bukti mereka kini di tangga teratas Serie A.”

Inter akan kembali beraksi dengan menentang Empoli pada Khamis ini. – Agensi/harian metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles