Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Messi ‘selamatkan’ mangsa culik di Nigeria

$
0
0

BUENOS AIRES: Seorang pakar pertanian Argentina yang diculik di Nigeria berterima kasih kepada Lionel Messi kerana dengan menyebut nama pemain hebat negaranya itu, dia dibebaskan.

“Beritahu mereka untuk berterima kasih kepada Messi – menggunakan namanya sudah menyelamatkan saya,” kata Santiago Menendez kepada abangnya selepas dibebaskan, Jumaat lalu.

Menendez dilepaskan selepas dua hari diculik geng bersenjata di tengah Nigeria, lapor akhbar Clarin, semalam. Menendez, 28 yang menguruskan dua ladang untuk syarikat Nigerian Flour Mills Plc, berkata dia menjerit nama “Messi, Messi, Messi” untuk mewujudkan hubungan baik dengan penculik.

Dia kemudian dibebaskan dua hari kemudian selepas wang tebusan dibayar. Messi ketika ini sedang bermain bersama skuad Argentina di Copa America di Chile dan dijadual beraksi pada pertembungan separuh akhir pada pagi Rabu ini. Lawan Argentina adalah Paraguay yang menewaskan antara calon juara, Brazil pada suku akhir. – AFP/berita harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles