Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Liga Hoki Dunia: 1 ranjau lagi, Malaysia ke Olimpik

$
0
0

ANTWERP, Belgium: Kekalahan Ireland 2-1 kepada Belgium dalam perlawanan terakhir saingan Kumpulan B, awal pagi tadi menyaksikan skuad hoki negara akan menentang India dalam suku akhir Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Stadium KHC Dragons, Khamis ini.

Aksi tepat pada jam 12 tengah malam itu akan menjadi penentu sama ada skuad bimbingan Tai Beng Hai mampu menamatkan kemarau beraksi dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro 2016 selepas gagal tampil dalam tiga edisi sebelum ini – Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.

Andai berjaya menumbangkan pasukan di ranking kesembilan dunia itu sekali gus mara ke separuh akhir akan menyaksikan skuad The Speedy Tigers layak beraksi di Rio dan menamatkan kemarau 15 tahun.

Skuad The Speedy Tigers sah bertemu India – yang sudah menempah tiket ke Rio 2016 susulan memenangi pingat emas di Sukan Asia Incheon 2014 – apabila menamatkan saingan dalam peringkat kumpulan di tempat ketiga dengan mengutip enam mata hasil daripada dua kemenangan menewaskan China 3-2 dan Ireland 4-2.

Bagaimanapun, skuad negara tewas dalam perlawanan ketiga menentang tuan rumah yang juga pasukan keempat dunia Belgium 2-0 sebelum tunduk 3-1 bertemu Great Britain, malam tadi.

India yang dibimbing jurulatih kelahiran Belanda Paul Van Ass pula muncul naib juara Kumpulan A selepas mengutip tujuh mata hasil kemenangan ke atas Perancis 3-2 dan Poland 3-0.

Mereka bagaimanapun seri ketika menentang musuh tradisi Pakistan 2-2 sebelum dibelasah gergasi dunia, Australia 6-2 dalam aksi terakhir kumpulan malam tadi. Kali terakhir skuad negara bertemu India dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah, April lalu yang menyaksikan skuad negara menang 3-2.

JADUAL SUKU AKHIR ( RABU Australian melawan Ireland (7 malam)

Great Britain melawan Pakistan (9.30 malam)

KHAMIS MALAYSIA melawan India (12 tengah malam)

Belgium melawan Perancis (2.30 pagi)

(Semua ikut waktu Malaysia)

-http://www.bharian.com.my/


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles