Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Buffon umum bersara 2018

$
0
0
image (6)

PENJAGA gol legenda Itali, Gianluigi Buffon mengumumkan akan bersara selepas Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pemain berusia 37 tahun itu mencapai kegemilangan apabila menjuarai Piala Dunia 2006 bersama Itali dan merangkul kejuaraan Serie A enam kali bersama Juventus.

“Saya akan cuba bermain dalam Piala Dunia 2018, selepas itu saya akan mengakhiri karier bola sepak saya.

“Ia satu keseronokan dan penghargaan untuk dapat bermain sehingga sekarang,” katanya.

Buffon mengumumkan persaraannya dalam ucapan selepas menggondol Anugerah Gianni Brera untuk pemain sukan terbaik tahunan.

Sementara itu, Buffon sekali lagi meluahkan kekecewaan apabila tidak tersenarai dalam Anugerah Ballon d’Or yang dimenangi Lionel Messi baru-baru ini.

“Saya layak untuk berada dalam senarai pendek penerima anugerah itu, tetapi saya tahu amat sukar untuk menang. Namun, saya terkejut kerana nama saya langsung tidak tersenarai,” katanya.

Buffon turut melahirkan rasa kagum dengan prestasi Juventus ketika ini apabila mencatatkan 11 kemenangan berturut-turut seterusnya berpeluang untuk menjuarai Serie A buat kali ke tujuh bagi dirinya.

“Kami harus berhati-hati kerana perlu mengekalkan kemenangan ini bagi meningkatkan semangat pemain dan menjuarai Serie A,” katanya.-sinar


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles