Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Zulfadli tersungkur lagi

$
0
0
image (14)

HASRAT pemain perseorangan profesional, Zulfadli Zulkifli untuk menebus kekecewaan di Grand Prix Emas Malaysia Masters minggu lepas tidak kesampaian apabila sekali lagi tewas – kali ini kepada pilihan ke-11 dari Thailand, Boonsak Ponsana pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Syed Modi 2016 di Lucknow, India, semalam.

Dalam aksi di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das, Lucknow itu, Zulfadli gagal menandingi ketangkasan Boonsak apabila tewas mudah 17-21, 19-21 dalam masa 53 minit.

Menurut Zulfadli, beliau telah berusaha memberi tentangan, namun Boonsak bermain lebih baik daripadanya.

“Mungkin kurang fokus telah memberi kesan yang sangat besar kepada permainan saya.

“Namun, saya akan terus belajar daripada kesilapan pada perlawanan akan datang dalam usaha untuk memburu gelaran,” katanya.

Sementara itu, pemain muda negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin turut gagal mengulangi pencapaian minggu lalu apabila tumpas kepada K Srikanth 21-9, 21-12.

Minggu lalu Iskandar, yang kini berada di ranking ke-51 dunia, mara ke perlawanan akhir GP Emas Malaysia Masters selepas menewaskan pemain kesembilan dunia, Srikanth 27-25, 21-9 dalam separuh akhir di Pulau Pinang dalam tempoh 48 minit.

Nasib sama juga dialami Chong Wei Feng apabila tewas kepada pemain China, Shi Yuqi 18-21, 19-21, manakala juara remaja dunia, Goh Jin Wei turut mengalami nasib sama selepas kalah kepada pilihan keenam acara perseorangan wanita, Yui Hashimoto dari Jepun 17-21, 10-21.-Sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles