Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Cerai Isteri Kedua: “Alasan Cerai, Saya Tidak Berlaku Adil, Salih Yaacob

$
0
0
image (12)

Pelawak Salih Yaacob, 55, mendedahkan bahawa dia sudah bercerai dengan isteri keduanya iaitu Nor Raha Hamad, 47, selepas Aidilfitri tahun lalu.

Punca perceraian dikatakan kerana kehadiran orang ketiga. Ini kerana selepas habis sahaja edah, bekas isterinya itu telah berkahwin lain.

Salih dan Raha telah bernikah selama 23 tahun, dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Menurut Salih, dia telah memujuk bekas isterinya itu namun tetap didesak dengan alasan dia tidak berlaku adil kepadanya.

“Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Kini Salih tinggal tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29.
Daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.-Berita hiburan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles