
Kuala Lumpur: Pusat hiburan yang dijadikan ‘mini kasino’ di Jalan Loke Yew, di sini, diserbu, awal pagi tadi.
Dalam serbuan pada 3 pagi itu, 33 kaki judi berusia 21 hingga 50 tahun ditahan Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterime (STAGG).
Ketua Penolong Pengarah STAGG Senio Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, turut dirampas wang tunai berjumlah RM14,575 di atas meja dan RM33,046 yang berada di badan.
“Sebanyak 11 chip judi pelbagai nilai antara RM100 dan RM200 serta peralatan judi antaranya dadu, daun terup, meja dan kerusi turut dirampas,”katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalis Abu Bakar mengucapkan tahniah dalam laman Twitternya atas kejayaan serbuan itu.
-Metro