Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Mourinho terajui Manchester United?

$
0
0
image

JOSE Mourinho dilaporkan bersetuju untuk menggantikan Louis van Gaal di Manchester United. Maklumat ini didedahkan pemberita SkySports di Itali semalam.

Mourinho yang juga bekas pengurus Chelsea pilihan utama mengambil alih tugas di Old Trafford memandangkan pengurus Belanda sedia ada, van Gaal menerima tekanan penyokong meninggalkan kelab tersebut berikutan persembahan yang tidak konsisten musim ini.

Pada awal minggu ini Ketua Eksekutif The Red Devils, Ed Woodward memutuskan untuk menggantikan van Gaal di akhir musim, dengan Mourinho menjadi pilihannya.

Wartawan Sky Italia, Alessandro Alciato mendakwa perjanjian kontrak oleh Manchester United bersama Mourinho dianggap ‘selesai’.

Kontrak van Gaal masih berbaki setahun namun United dilihat seperti mahu menamatkan kontraknya lebih awal.-sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles