Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Rafidah gadai prinsip Wanita UMNO – Shahrizat

$
0
0
rafiumnokena.transformed

KUALA LUMPUR: Wanita UMNO membidas sikap bekas ketua pergerakan itu, Tan Sri Rafidah Aziz yang dilihat seolah-olah terjebak dengan permainan pembangkang untuk melemahkan parti itu.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata selama 22 tahun Rafidah memimpin Wanita UMNO, akar umbi sering diingatkan supaya sentiasa berdisiplin dan patuh kepada kepimpinan parti terutama kepada Presiden.

“Prinsip ini seolah-olah digadai apabila beliau (Rafidah) kini secara terang menyangkal kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan membuat pelbagai persepsi serta andaian terhadap isu yang berlaku di dalam parti dan kepimpinan negara.

“Sayang seribu kali sayang, Rafidah yang dulu kebal dengan prinsip, kini seakan terjebak dengan permainan pembangkang untuk melemahkan parti,” katanya dalam kiriman akaun Facebook, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Rafidah di laman Facebook mengenai isu politik semasa terutama mengenai kepimpinan parti dan terkini berhubung isu politik di Kedah.

Rafidah antaranya menyifatkan pemberontakan politik dalam UMNO bagi menggantikan Menteri Besar Kedah ialah gambaran ‘budaya politik semasa’ yang mana menjatuhkan pemimpin kelihatan menjadi satu perkara biasa.

Shahrizat berkata, Wanita UMNO akan terus istiqamah dan tetap memegang prinsip kesetiaan serta menyokong kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Ini kerana, katanya, Najib amat mengambil berat mengenai perjuangan parti dan menjaga rakyat dengan baik ketika seluruh dunia berdepan pelbagai cabaran semasa. “Kesetiaan Wanita UMNO kepada Presiden dan parti tidak mudah digoyah,” katanya.

-Berita Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles