Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Khairul teruja ke litar

$
0
0
KUALA LUMPUR  15 JANUARY 2016.    Pelumba, Khairul Idham Pawi.    NSTP/Surianie Mohd Hanif

Kuala Lumpur: Pelumba muda berbakat Khairul Idham Pawi tidak sabar untuk turun ke litar apabila menguji jentera yang akan digunakannya pada musim pertama Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada sesi ujian pramusim Moto3 di Valencia, Sepanyol, esok dan Jumaat ini.

Penunggang pasukan Honda Team Asia itu menjelaskan dia mahu memanfaatkan sepenuhnya sesi ujian itu bagi mendapat keserasian bersama jentera dan pasukan.

“Sesi ujian awal musim ini amat penting bagi saya. Ini aksi pertama bersama pasukan di pentas MotoGP, jadi banyak perkara perlu saya pelajari.

“Pada masa sama, saya juga tidak sabar untuk berada di litar bersama pelumba handalan lain. Memang sudah lama saya nantikan saat ini dan akhirnya ia menjadi kenyataan,” jelas pelumba berusia 18 tahun itu.

Musim lalu, juara kategori Wira Kejuaraan Cub Prix dan Piala Impian Asia 2014 itu mencipta kejutan apabila berjaya meraih tangga keenam keseluruhan pada musim sulungnya di Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol termasuk meraih tiga kedudukan podium.

“Saingan musim ini pasti jauh lebih sukar. Selain faktor jentera yang lebih laju, pengalaman pelumba juga memainkan peranan. Saya dan pasukan tidak menetapkan sebarang sasaran khusus kerana apa yang penting saya membiasakan diri dengan suasana perlumbaan di MotoGP terlebih dulu.

“Sebagai persediaan, saya tidak berhenti melakukan latihan fizikal dan juga di litar sepanjang beberapa bulan ini bagi mempersiapkan fizikal dan mental sebelum memulakan saingan Moto3 musim 2016 ini.”-harian metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles