Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Cari daun kelapa sawit jumpa tengkorak

$
0
0
SUNGAI PETANI 13 FEBRUARY 2016. (ASM053N)  Tengkorak dan tulang manusia ditemui di dalam hutan berhampiran Kampung Sungai Pasir Kecil,Batu 2. STR/
OMAR OSMAN

Hasrat seorang lelaki warga emas mahu mengambil daun kelapa sawit untuk dijadikan makanan kambingnya terbantut apabila menemui tengkorak dan tulang manusia berselerakan di dalam hutan di Kampung Sungai Pasir, Batu 2 Jalan Kuala Ketil, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, Md Zuki Salleh, 64, yang memasuki kawasan hutan sejauh dua kilometer dari jalan utama ternampak objek mencurigakan ketika memotong pelepah berkenaan lalu pergi untuk melihat secara lebih dekat.

Dia terkejut apabila mendapati ia tengkorak dan tulang manusia di bawah pokok kelapa sawit terbabit lalu bergegas keluar dari hutan dan menghubungi anaknya yang kemudian menghubungi pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.

“Pada mulanya saya ingat rangka binatang, tetapi sebaik pergi dekat, memang tengkorak manusia selain beberapa tulang bersama selipar, seluar dalam serta baju turut ditemui tidak jauh dari kawasan itu,” katanya.

-Harian Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles