Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Kaunselor maut digilis treler

$
0
0
image

TANJONG KARANG: Seorang Pegawai Kaunselor Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sabak Bernam maut dalam kemalangan di Kilometer 63 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran sebuah stesen minyak di pekan ini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.04 petang itu, Ahmad Fikri Noor Mahadi, 30, menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150 seorang diri dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu konvensyen di Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kemalangan maut terbabit dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Klang menghala Sabak Bernam itu dipercayai bergesel dengan sebuah lori dari arah sama menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum jatuh di lorong kiri jalan.

“Pada masa sama, sebuah kenderaan dipercayai lori jenis treler tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala dan anggota badan,” katanya.

Ruslan berkata, mangsa kemudian dibawa ke Bilik Mayat Hospital Tanjong Karang dan kes ini di bawah siasatan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Fahmi Ahmad.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau ke IPD Kuala Selangor untuk bantu siasatan,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, mangsa yang berasal dari Kampung Naning, Hulu Langat itu berkhidmat sebagai kaunselor Unit Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSIS Sabak Bernam sejak tiga tahun lalu.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles