Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

MT UMNO Sepatutnya Bawa Usul Gantung Jawatan Presiden- Khairuddin

$
0
0
KHAIRUDDIN_ABU_HASSAN_150115_TMINAZIRSUFARI_04

KUALA LUMPUR:Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan merasakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno perlu mengusulkan untuk menggantung jawatan presiden parti itu sehingga siasatan skandal 1MDB selesai.

Ujarnya, imej Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri telah pun tercemar berikutan isu wang derma RM2.6 billion dan wang syarikat SRC International berjumlah RM42 juta.

“Kaki bodek yang menduduki MT Umno sepatutnya membawa usul untuk menggantung jawatan presiden kerana ianya benar-benar mencemarkan reputasi baik parti. Pandangan rakyat begitu jelek sekali terhadap parti Umno.

“Inilah akibatnya sekiranya Umno ditadbir oleh kalangan mereka yang menjahanamkan reputasi Umno secara langsung!

“Tan Sri Muhyiddin Yassin menang melalui proses pemilihan yang dipilih oleh keseluruhan perwakilan dari seluruh negara boleh dipecat secara sewenang-wenangnya apabila bercakap mengenai isu-isu penting.

“MT Umno tidak lagi menghormati kehendak ahli-ahli yang sentiasa mahukan tokoh-tokoh pemimpin lawan rasuah dan penyelewengan,” kata menerusi kenyataannya di Facebook.

Tambahnya, Umno kini diibaratkan seperti dimandikan (seperti) jenazah, sedang dikafankan serta sedang menuju ke liang lahat untuk dimakamkan secara berkekalan.

Beliau turut menyifatkan bahawa masa depan UMNO kelak amat kelam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles