Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Strategi GKCM Anti-Najib Didedah

$
0
0
ku-nan-gkcm

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) didakwa akan memperdayakan Ketua-Ketua UMNO Cawangan supaya menolak kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerusi maklumat yang beliau perolehi.

“Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya dapat maklumat ada puak-puak GKCM. Dia akan jumpa ketua cawangan, Pemuda dan Puteri. Kemudian mereka akan keluarkan memorandum.

“Memorandum itu beritahu supaya kita (Ketua UMNO Cawangan) cuba bersetuju Presiden meletakkan jawatan, jadi berhati-hatilah,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, hasil daripada analisa yang dilakukan, hampir 70 peratus ahli cawangan tidak mengetahui tindakan dan strategi ketua mereka untuk menentang Najib.

“Daripada analisa yang saya lakukan, ada lebih kurang 70 cawangan yang buat ini (menolak Najib), tetapi ahli cawangan tak tahu. Bila kata itu tidak boleh dipakai, dia marah,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan turut mendakwa terdapat Ketua UMNO Cawangan berhasrat untuk menyingkirkan Ketua UMNO Bahagian dalam diam.

“Mesti ingat, ada 40 peratus Ketua Cawangan yang tidak sehaluan. Kita tidak tahu siapa yang tidak sehaluan.

“Mereka akan cuba malukan kita dan kita di cawangan mesti maklumkan apa yang betul dan tidak betul,”tegasnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles