Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Cedera tumit paksa Iskandar tarik diri

$
0
0
PENANG 24 JANUARY 2016. Pemain perseorangan negara,  Iskandar Zulkarnain Zainuddin tewas kepada Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir badminton Grand Prix (GP) Emas Malaysia Masters 2016 di Spice Arena, Bayan Baru. NSTP/ROSLI AHMAD

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin gagal ke pusingan ketiga Grand Prix (GP) Emas Terbuka Switzerland apabila terpaksa menarik diri akibat kecederaan tumit kanan semalam.

Naib juara Masters Malaysia itu, terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 17-21, 9-17 kepada pemain Indonesia, Muhammad Bayu Pangisthu di St, Jakobshalle, Basel.

Menurut jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock, Iskandar memberitahunya dia berasa sakit di tumit kanan sehingga membataskan pergerakannya di gelanggang.

“Selepas pulang ke Malaysia nanti kami akan membawanya berjumpa doktor untuk melihat tahap kecederaan,” kata Seu Bock ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Iskandar yang beraksi cemerlang di Kejohanan Berpasukan Asia (kelayakan Piala Thomas) bulan lalu bermula dengan langkah kanan di Switzerland apabila menumpaskan pemain utama Ireland Scott Evans 18-21, 23-21, 21-11 kelmarin.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Zulfadli Zulkiffli turut mengalami nasib sama apabila kalah kepada pilihan kedua dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-17, 12-21, 12-21 dalam perlawanan berlangsung satu jam enam minit.

Selepas itu, Soong Joo Ven gagal mengimbangi kehebatan seorang lagi pemain Taiwan Wang Tzu Wei apabila kalah 19-21, 21-19, 13-21, seterusnya perjalanan pemain perseorangan lelaki negara berakhir kesemuanya di kejohanan berkenaan.-harian metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles