Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Pengusaha van sapu Thailand tumpas

$
0
0
image

KOTA BHARU – Tindakan licik pengusaha van sapu warga Thailand yang membawa masuk penumpang dari negara jiran secara tidak sah ke Malaysia akhirnya tumpas dalam ops khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini Isnin dan Selasa lalu.

Berikutan tindakan itu, dua lelaki warga Thailand yang merupakan pemandu van berkenaan turut ditahan kerana menawarkan suapan kepada pegawai JPJ bagi tujuan untuk membenarkan mereka masuk ke Malaysia.?

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, dalam operasi terbabit juga 17 van ditahan dan pengusahanya dikenakan kompaun ekoran melakukan kesalahan terbabit.

“?Mereka dikenakan kompaun kerana tidak mempunyai insurans kereta dan menyalahgunakan permit ICP dengan denda sebanyak RM 600.

“Mereka telah melakukan kesalahan kerana melebihi had jarak ditetapkan yang sepatutnya berhenti di pintu masuk sempadan sama ada di Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Tumpat. Namun melebihi had lebih dua kilometer dan telah melepasi sem?padan,”katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu pejabat JPJ Kelantan di Panji di sini, hari ini.?

Ismail berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan bertindak melalui aduan pengusaha kereta sewa dan teksi termasuk orang awam selepas ramai antara mereka terpaksa ‘gulung tikar’ ekoran kemasukan van sapu Thailand berkenaan.?

“Pihaknya akan terus berusaha membanteras kegiatan kumpulan van sapu terbabit yang dipercayai didalangi sindiket ?dengan pasukan khas yang turun dari ibu pejabat di Kuala Lumpur.

“Ini kerana dalam operasi khas ini? pegawai yang dibawa merupakan golongan terlatih dalam bidang terbabit,”katanya.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles