Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Derma Politik : Kalau Mahathir Boleh Kutip, Takkan Najib Tak Boleh – Nazri

$
0
0
nazri

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz hari ini mempersoalkan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menimbulkan persoalan berkenaan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencari dana untuk UMNO.

Ujarnya, sudah menjadi tanggungjawab Perdana Menteri untuk mencari dana bagi kegunaan parti dalam menghadapi pilihan raya.

“Najib baru sahaja mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya. Tun (Mahathir) mengetuai dalam lima kali pilihan raya. Dia tidak kutip duit ke?

“Kalau dia kutip boleh, kenapa Najib kutip tidak boleh. Tetapi Najib kutip duit, sekurang-kurangnya kita tahu sebab dia masuk dalam akaun,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Katanya, tidak salah sekiranya dana yang dicari oleh Presiden UMNO itu dimasukkan dalam akaun peribadi milik Najib kerana itu satu tindakan yang telus.

Kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu, sekiranya Najib mengambil wang tunai, pastinya sehingga sekarang ahli UMNO tidak tahu jumlah dana yang diperolehi Najib.

“Tetapi kerana dia (Najib) jujur, masuk dalam akaun peribadi, dia seorang bertanggungjawab. Kenapa? Dia tidak mahu orang lain terlibat.

“Sebab itu saya pertahankan Najib. Bila dah habis belanja, duit tidak habis, jadi dia pulangkan balik. Sebab duit itu nilainya besar. Dia punya jujur, 2013 dia sudah hantar balik. Dia belanja RM600 juta,”ujarnya.

Katanya lagi, BN bertanding 222 kerusi Parlimen dan setiap calon perlu kemukakan cek RM10,000 untuk membayar deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM2.22 juta.

Beliau turut mengakui menerima cek RM10,000 yang diberikan oleh parti dan turut menerima cek RM200,000 untuk perbelanjaan untuk tempoh dari hari penamaan calon sehingga hari mengundi.

“Jadi total (jumlah) perbelanjaan sepanjang berkempen adalah RM44 juta. Untuk negeri pula, BN bertanding untuk semua kerusi. Kita ambil dalam 750 kerusi. Deposit untuk SPR adalah RM5,000. Saya punya calon ADUN ada terima cek itu. Jadi jumlahnya adalah RM3.5 juta. Setiap ADUN diberikan cek sebanyak RM100,000.

“Jadi jumlah RM75 juta. Jumlah kesemuanya adalah RM124.97 juta. Apabila kita jadi Presiden UMNO sekaligus menjadi Pengerusi BN, tanggungjawab kita untuk mencari RM124.97 juta untuk menghadapi pilihan raya sahaja.

“Di mana hendak cari duit itu? Itulah namanya derma politik. Takkan dia nak keluar duit dia. Kalau dia ada RM124 juta, kita kena semak juga, mana dia dapat duit ini. Ini adalah duit derma. Kita tidak boleh doa harap duit jatuh,”ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles