Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Wisma Putra atur pertemuan keluarga dengan nelayan ditahan

$
0
0
19sabry.transformed

KUALA LUMPUR: Wisma Putra akan mengaturkan pertemuan keluarga bersama dua nelayan yang ditahan di perairan Indonesia dalam masa terdekat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata Wisma Putra akan menguruskan dokumen perjalanan dan mengatur dengan jabatan berkaitan di Indonesia serta mencari tarikh yang sesuai untuk membawa keluarga bertemu mangsa.

“Pihak keluarga meminta kementerian membawa mereka berjumpa mangsa dan kita akan menggunakan saluran diplomatik untuk mempertemukan mereka.

“Apa pun tindakan yang akan dilakukan, kita perlu faham dan hormati undang-undang Indonesia,” katanya pada sidang media selepas bertemu keluarga mangsa di Wisma Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, urusan pembebasan dua nelayan berkenaan membabitkan pelbagai kementerian dan agensi.

Katanya, pihak Kementerian Luar juga sudah memaklumkan mengenai perkara ini kepada agensi di Indonesia yang terbabit pada pertemuan di Turki, baru-baru ini.

Bulan lalu, tiga bot nelayan dan anak kapal Malaysia ditahan penguat kuasa Indonesia ketika menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia.

-Berita Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles