Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Cuai Punca Perlanggaran Kereta Api Di Kuala Kubu Baru – Tiong Lai

$
0
0
keretapi

PETALING JAYA: Perlanggaran kereta api di Kuala Kubu Baru awal bulan ini disebabkan oleh kesilapan manusia, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan berlaku kecuaian di pihak pemandu yang membawa kepada berlakunya kemalangan.

“Kita akan merujuk kes itu kepada polis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wesak di Kuil Kwan Inn Teng di sini pagi Sabtu.

Pada 7 Mei, kereta api Ekspres Rakyat dari Butterworth ke Johor Baru bertembung dengan perkhidmatan kereta api elektrik dari Kuala Lumpur ke Ipoh.-MSTAR


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles