Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Sarawak Tewaskan Perak (3-0)

$
0
0
4

IPOH:Perlawanan pertama pusingan ke-2 saingan Liga Super 2016 menyaksikan pasukan Sarawak berjaya membenamkan pasukan tuan rumah Perak The Bos Gaurus 3-0 dalam aksi menentang pasukan Sarawak berlangsung di Stadium Perak di sini hari ini.

Bagaimanapun pasukan Perak seolah kehilangan rentak apabila gagal menjaringkan sebarang gol sehingga akhir perlawanan.

Pada pertemuan itu  kedua-dua pasukan dilihat berjaya mempamerkan aksi menarik dengan masing-masing berbalas serangan ke pintu gawang, bagaimanapun kem Sarawak terlebih dahulu menguji pintu gol Perak menerusi gol pembukaan sepakan penalti oleh Junior Aparecido Guimaro De Souza pada minit ke-32.

Perlawanan ke-12 secara keseluruhan ini menyaksikan  Sarawak masih selesa dengan satu gol manakala The Bos Gaurus masih belum mampu menjaringkan sebarang gol sehingga akhir masa pertama.

Pasukan Sarawak terus mengasak dengan gol kedua yang dijaringkan oleh Makeche Nbumba pada minit ke-65 separuh masa kedua perlawanan.

Sarawak meneruskan asakan dengan gol ketiga oleh Gilmar Jose Da Silva Filho sekaligus menjadi gol kemenangan buat pasukan itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles