Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Filem Interchange Lakonan Shahiezy Sam Ditayangkan Di Festival Locarno Switzerland

$
0
0
image (13)

Menerusi kiriman kenyataan media, filem kedua arahan Dain Said iaitu Interchange telah terpilih dan sekali gus menerima penghormatan antarabangsa bersempenan Festival Filem Locarno di Switzerland pada 5 Ogos depan.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem tersebut seperti Shaheizy Sam, Iedil Putra, Nicholas Saputra dan Prisia Nasution.

Filem itu akan ditayangkan di ruang terbuka di Piazza Grande yang mampu memuatkan 8,000 penonton, selain dimainkan di layar gergasi untuk dinikmati seluruh pengunjung festival itu.

Sesi tayangan filem itu akan diserikan dengan kehadiran empat barisan pelakon utama Interchange, ditemani Dain dan penerbitnya, Nandita Solomon selain pengarah fotografi, Jordan Chiam (Terbaik Dari Langit) serta pengarah muzik, Luka Kuncevic (Polis Evo).

Film seram ‘supernatural’ yang menggabungkan pelakon hebat Malaysia dan Indonesia ini mengisahkan mengenai detektif Man lakonan Sam bersama rakannya yang juga jurufoto forensik bernama Adam (Iedil Putra) terbabit dalam kes pembunuhan bersiri yang mengerikan.

Pengalaman yang mereka lalui itu menjadi igauan dan memberi kesan mendalam kepada Adam. Sejak peristiwa itu, Adam mula menyendiri dan menghindari dunia nyata serta sering merakamkan foto dari beranda apartmennya.-media hiburan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles