Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Lagenda Madrid, Casillas sertai Porto

$
0
0

MADRID, 12 Julai:
Porto dilaporkan bersetuju dengan terma perjanjian bagi menandatangani penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas dari Real Madrid.

Casillas, 34, yang memiliki baki setahun dalam kontrak, meninggalkan Real selepas 25 tahun, dengan membantu kelab gergasi Sepanyol itu memenangi tiga piala Juara-Juara Liga dan merangkul lima kali gelaran dalam La Liga.

Selain itu , beliau memegang rekod untuk caps dengan 162 penampilan bersama Sepanyol dan telah memenangi dua Kejohanan Eropah dan Piala Dunia, lapor BBC.

Penjaga gol utama Manchester United David De Gea, 24, dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid bagi menggantikan Casillas.

Casillas menyertai akademi remaja Real pada tahun 1990, membuat debut pasukan pertama pada tahun 1999 dan telah menghabiskan kerjayanya di kelab itu, di samping memenangi 17 anugerah utama.

Beliau sering digugurkan oleh Jose Mourinho ketika musim 2012-13, dengan pengurus Portugis itu lebih memilih Diego Lopez dalam kesebelasan utama.

Ketika musim 2013-14, pengurus pasukan baru Carlo Ancelotti hanya menggunakan Casillas ketika perlawanan Liga Juara-Juara dan Copa del Rey, dengan Real Madrid memenangi Piala Eropah ke-10 mereka.

Musim lalu, Casillas berjaya merampas kembali gelaran penjaga gol utama pasukan, tetapi dijangka De Gea bakal tiba menggantikannya sebagai pilihan nombor satu Real Madrid dan Sepanyol.

– http://bm.therakyatpost.com/


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles