Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

MB Hadir Majlis Mesra Aidilfitri TNB 2016 Peringkat Negeri Perak

$
0
0
PERAK TODAY 5 (1)

IPOH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini telah menganjurkan Majlis Mesra Aidilfitri 2016 peringkat negeri Perak bertempat di Brewster Village di sini.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

PERAK TODAY 6 (1)

Pada majlis itu, Menteri Besar dan isteri turut menyampaikan sumbangan duit raya dan cenderahati kepada balu, anak-anak yatim dan anak kelainan upaya TNB Perak serta anak-anak yatim Budi Mulia Nurul Huda, Ipoh.

Pelbagai juadah turut disediakan pada majlis tersebut antaranya lemang, ketupat palas, rendang daging, nasi ayam, kuetiau goreng, cucur udang, kuih raya dan buah-buahan tempatan.

PERAK TODAY 1

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan jemputan yang mendendangkan lagu raya dan beberapa lagu terkenal yang lain.

Turut diadakan adalah pertandingan karaoke diantara warga kerja TNB Perak dan acara memotong kek.

PERAK TODAY 2 PERAK TODAY 7 PERAK TODAY 3 (1) PERAK TODAY 4 (1)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles