Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Cabaran berbeza

$
0
0
KUALA LUMPUR 05 DISEMBER 2014. Pemain Sapura, Shahzad Aamir (kiri) diasak oleh pemain TNB, Muhamad Amin Rahim pada perlawanan suku akhir pusingan pertama Malaysian Hockey Confederation (MHC) diantara Sapura menentang TNB di Stadium Hoki, Bukit Jalil. NSTP/ Muhd Asyraf Sawal

Kuala Lumpur: “Saya anggap semua ini sebagai cabaran.”

Demikian pandangan bekas pakar pukulan sudut penalti negara Muhamad Amin Rahim yang diberi tanggungjawab besar menggalas tugas selaku ketua jurulatih skuad Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) bermula 19 Ogos ini.

Meskipun pernah menjadi penolong jurulatih Skuad Projek 2016 di bawah bimbingan Arul Selvaraj sebelum ini, Amin mengakui cabaran bakal dilalui selaku ketua jurulatih sangat berbeza.

“Memang saya ada pengalaman dalam bidang kejurulatihan, tapi selaku penolong jurulatih.

“Apabila diberi tanggungjawab untuk membimbing pasukan sendiri, sudah tentu saya berasa teruja dan pada masa sama tertekan.

“Tapi, ini semua cabaran untuk saya,” katanya.

Amin mengaku, tugas selaku pemain mungkin lebih mudah berbanding jurulatih.

“Saya sudah melalui banyak pengalaman berbeza ketika menjadi pemain dan merasai kepenatan dari sudut fizikal tapi sebagai jurulatih, mental anda pula akan berasa penat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sasarannya pada musim pertama menggalas tugas selaku jurulatih, Amin yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan selama 14 tahun sebelum bersara pada 2013 mengakui TNB mungkin tidak sehebat pasukan lain.

“Kita menggunakan sepenuhnya pemain tempatan dan pasti akan cuba melakukan yang terbaik pada setiap perlawanan,” katanya.harian metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles