Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Bersatu adalah kacukan Umno-Pas

$
0
0
BERSATU

SHAH ALAM – Walaupun asas perjuangan Bersatu hampir sama dengan Umno, namun parti itu diyakini mampu meraih sokongan ramai.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berkata, ini kerana keahlian parti itu bukan hanya dibuka kepada Bumiputera, malah bukan Bumiputera sebagai ahli bersekutu.

“Parti Bersatu ini boleh diibarat seperti kacukan Umno dan Pas. Umno buka keahlian kepada Bumiputera sahaja.

“Manakala Pas buka untuk warganegara dan beragama Islam serta keahlian bersekutu untuk ahli bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas. Mungkin mereka (Bersatu) melihat kepada skop lebih besar iaitu mendapatkan lebih banyak sokongan bagi menghadapi Umno,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berpendapat, cita-cita Bersatu mewujudkan situasi di mana ahli Umno keluar beramai-ramai.

“Dasar perjuangan parti hampir sama dengan Umno. Strategi mereka dapatkan sokongan ahli Umno dan orang Melayu yang tidak mempunyai parti,” katanya.

Jelasnya, kekuatan sebenar Bersatu perlu dinilai menerusi penerimaan rakyat dan keyakinan terhadap parti itu.

“Maksudnya, bagaimana mereka boleh buktikan kewujudan mereka mampu membawa perubahan kepada landskap politik negara.

“Pada tahap awal ini sokongan itu bergantung pada personaliti pemimpin dalam Bersatu,” katanya.

Ditanya kekangan yang bakal dilalui Bersatu, Mohd Fuad berkata, isu pembahagian kerusi pada PRU bakal menjadi masalah utama kepada parti pembangkang berasaskan kaum seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pas.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles