Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Tingkat capaian internet di Lenggong

$
0
0
image (35)

LENGGONG – Daerah Lenggong terkenal dengan pelbagai produk pelancongan terutamanya melibatkan Galeri Arkeologi Lembah Lenggong yang sememangnya popular sehingga ke peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, kemudahan akses internet di sana tidak sebaik lokasi lain.

Malah, boleh dikatakan capaian telekomunikasi agak perlahan meskipun daerah sekitarnya iaitu Kuala Kangsar dan Gerik mempunyai capaian lebih pantas.

Justeru, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menggesa pihak terbabit melakukan sesuatu dalam membantu meningkatkan kualiti internet kawasan tersebut.

Menurutnya, beliau telah mengemukakan masalah tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan berharap ia akan diselesaikan segera.

Ujarnya, kehadiran pelancong dari luar negara agak tinggi di Lenggong dan capaian internet pantas amat penting untuk mereka berhubung dengan rakan dan keluarga.

“Saya harap ia dapat ditingkatkan, kita masih ada masa lagi. Usaha-usaha agensi berkaitan perlu ditingkatkan sebelum Tahun Melawat Perak pada tahun depan.

“Kita telah kemukakan perkara ini kepada SKMM dan berharap kita akan menerima keputusan positif nanti. Produk di sini taraf antarabangsa, jadi manfaatkan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata, rugi sekiranya kemudahan itu tidak dinaik taraf kerana orang ramai lebih mengenali Lenggong berbanding tempat-tempat lain.

“Saya rasa rugilah bila tempat dah baik, ada keistimewaan tetapi kerajaan negeri tidak begitu fokus untuk tingkatkan internet di sini.

“Kita ada produk terbaik iaitu Lembah Lenggong dan kalau produk ini dijual kerajaan negeri, saya yakin ia akan jadi produk antarabangsa.

“Antara yang boleh dibuat mungkin penjenamaan semula. Kita ketengahkan produk ini kerana ia boleh menarik pelancong dari luar negara,” ujarnya.

Tegasnya, tiga perkara perlu diberi keutamaan dan ditambah baik sekiranya mahu menjadikan Lenggong antara destinasi menarik sempena Tahun Melawat Perak 2017.

“Tiga aspek itu adalah mempertingkatkan promosi, logistik dan telekomunikasi di kawasan Lenggong,” katanya.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles