Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

KPM teliti penubuhan sekolah Bangsa Johor

$
0
0
image-8

KOTA TINGGI – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)? akan melihat kesesuaian? penubuhan sekolah Bangsa Johor seperti yang dicadangkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, terdapat tujuh jenis sekolah yang diwujudkan di? bawah Akta Pendidikan 1961 iaitu sekolah kebangsaan, sekolah vernakular, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah agama, sekolah mubaligh, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.

“Jika sekolah Bangsa Johor mahu diwujudkan, ia perlu diteliti untuk dikategorikan jenis sekolah berkenaan.

Baru-baru ini, Tunku Ismail menerusi kenyataan baginda dalam Facebook Johor ?Southern Tigers, mahu menghapuskan sekolah berlandaskan kaum di Johor.

Langkah itu katanya bagi menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India, dan mahu menggantikannya dengan sekolah Bangsa Johor.

– Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles