Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Tun Jeanne beri sokongan kepada atlet paralimpik

$
0
0
image-89

PENAUNG Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Tun Jeanne Abdullah tiba di Rio de Janeiro, pada Jumaat, untuk memberi sokongan moral kepada atlet-atlet Malaysia yang membawa cabaran negara di temasya Sukan Paralimpik ke-15.

Jeanne, yang akan berada di Rio de Janeiro hingga 16 September ini, hari ini mengadakan lawatan dan bertemu beberapa atlet Malaysia di Perkampungan Atlet Sukan Paralimpik yang terletak di Barra da Tijuca.

Ketibaan Jeanne disambut pengarah Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Safrushahar Yusoff dan ketua kontinjen Dr Ang Kean Koo.

Turut sama dalam lawatan itu ialah presiden MPM, SM Nasaruddin SM Nasimuddin.

Sejumlah 21 atlet membawa cabaran negara pada temasya dari 7 hingga 18 September ini dengan misi memburu pingat emas pertama dalam sukan terbesar untuk atlet kelainan upaya itu.

Mereka mengambil bahagian dalam lapan daripada 23 jenis sukan yang dipertandingkan dengan olahraga, powerlifting dan berbasikal dianggap mempunyai prospek pingat. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles