
Padang Besar: Satu keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka dijilat api di Kampung Bukit Cabang, Padang Besar, hari ini.
Jurucakap JBPM Perlis berkata, kebakaran dipercayai berlaku pada 8.15 pagi ketika umat Islam sedang bersiap sedia untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidiladha.
“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.26 pagi dan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar tiba di kawasan berkenaan 10 minit selepas itu,” katanya.
Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati api begitu marak sehingga memusnahkan seluruh struktur rumah berkenaan.
“Malah, kebakaran yang berlaku juga memusnahkan dua motosikal Yamaha dan Honda Wave yang diletakkan di halaman rumah berkenaan,” katanya lagi.
Kebakaran bagaimanapun dapat dikawal sepenuhnya satu jam kemudian dan punca dan kerugian kebakaran masih disiasat.
-Harian Metro