Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Upacara bertukar tragedi, 3 lemas

$
0
0
image-8

TELUK INTAN – Upacara keagamaan bagi 30 Orang Asli dari beberapa keluarga di Sungai Bidor, Batu 6 berhampiran ladang sawit Gloster dekat sini, hari ini bertukar tragedi apabila dua budak dan seorang remaja perempuan lemas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata dua daripada mangsa, Sherrel Kulop, 11, dan Norzehan Long Asing, 13, ditemui lemas oleh anggota keluarga masing-masing tidak jauh dari lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi mencari Sheetel Kulop, 10, giat dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mayat Sherrel ditemui kira-kira 11.15 pagi manakala mayat Norzehan ditemui 20 minit kemudian. Kedua-dua mayat ityu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Wan Hassan berkata kejadian kira-kira 10.30 pagi itu berlaku apabila ketiga-tiga mangsa cuba mandi di tengah sungai sebelum tiba-tiba hanyut dan hilang.

“Kira-kira 30 Orang Asli yang bersaudara berkumpul di kawasan itu sejak semalam untuk upacara keagamaan mereka. Ada yang datang dari Sungkai, Tapah serta kawasan sekitar sini,” katanya.

– Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles