Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Isu gambar lucah, Idris Khan luah perasaan?

$
0
0
bugiil-transformed

KUALA LUMPUR: Idris Khan antara bakat baharu yang rajin menjawab panggilan telefon atau membalas mesej, namun berdiam diri sejak isu penyebaran semula foto separuh bogel pasangan, yang didakwa menyerupai beliau dan aktres, Atikah Suhaime.

Bagaimanapun, malam tadi, artis berdarah campuran Melayu-Pakistan itu memuat status baharu di Instagramnya bersama gambar diri berlatarkan cahaya, yang seolah-olah membayangkan luahan berkaitan kontroversi yang hangat diperkatakan ketika ini.

“Mata tidak pernah senang dengan kejayaan manusia. Mata selalunya merah bila melihat manusia senang gembira. Hati tidak pernah lepas dari hasad. Hati selalunya busuk pada baik budinya jasad. “Usah khuatir, biarkan kaki terus melangkah ke depan dengan gagah. Biarkan kaki menjadi bukti di atas setiap penganiayaan. Biarkan kami persembahkan erti sebenar kesetiaan persahabatan. Ingatlah rezeki itu datang bukan daripada manusia tetapi dari yang Maha Esa.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Berkuasa. Jika hari ini, kita tumbang kerana mulut dan kedengkian manusia. Esok kita akan bangkit dan melompat tinggi kerana kesabaran dan keberkatan.

“Ini hadiah dan kurnia daripada Tuhan. Aku senyum tanda sabar kerana aku Islam yang tidak pernah gentar,” kata pemilik nama sebenar Muhammad Idris Khan Abdul Ghaffar Iskandar Khan, 27, yang turut menyertakan ‘hashtag’ GodIsTheGreatest di hujung luahan.-berita harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles