Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Pencegahan dadah tanggungjawab semua pihak

$
0
0
image-35

SHAH ALAM – Langkah pencegahan penyalahgunaan dadah bukan terletak di tangan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) sahaja namun ia adalah tanggungjawab komuniti, NGO, pemimpin parti-parti politik serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan di semua peringkat.

Yang Dipertua Pemadam, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, beliau merasa kesal dengan kenyataan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang mempersoalkan peranan Pemadam dalam membanteras penyalahgunaan serta penagihan dadah di negara ini.

“Penyalahgunaan najis dadah tidak mengenal pangkat, darjat, umur, bangsa ataupun negara.

“Beliau menunding jari dengan menyalahkan Pemadam tidak menjalankan tugas sepatutnya kerana badan ini telah diberikan peruntukan yang banyak oleh kerajaan setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Johari berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shahrizat ?yang mempersoalkan keberkesanan program membanteras gejala penagihan dadah di negara ini khususnya NGO pemadam kerana membabitkan perbelanjaan besar.

Dalam pada itu, Johari yang juga merupakan Timbalan Menteri Pertahanan turut mempersoalkan usaha yang telah dilakukan Sharizat dalam membanteras masalah penyalahgunaan dadah selama ini.

“Beliau seharusnya tidak menunding jari kepada mana-mana pihak terutamanya Pemadam dengan tujuan menyalahkan orang lain.

“Langkah pencegahan penyalahgunaan najis dadah seharusnya menjadi agenda utama kepada semua pihak kerana ia adalah masalah sejagat yang sewajarnya ditangani di semua peringkat,” katanya.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles