Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Tahan sakit hampir sejam

$
0
0
trey-gif_1474270056

Nilai: Pemandu treler menahan kesakitan hampir sejam akibat tersepit selepas treler dipandu melanggar treler lain di Kilometer 48.5, Lebuhraya PLUS , arah utara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.40 pagi, treler dipandu Zuraidi Khasbolah, 38, yang membawa muatan pakaian terpakai dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Banting, Selangor.

Difahamkan, kenderaan dipandu Zuraidi merempuh belakang treler yang membawa muatan pasir dari arah yang sama menyebabkan kedua-dua kakinya tersepit.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Mohd Syazwan Saidy berkata, sebuah jentera serta Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) bersama enam anggota dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 6.52 pagi.

“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa tersepit akibat treler dipandunya remuk selepas merempuh treler di hadapannya. Kami mengambil masa hampir sejam mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya oleh EMRS untuk rawatan lanjut. Pemandu treler muatan pasir tidak cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

-Harian Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles