Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Media Sosial Jadi Penilai Tahap Intelek Dan Moral Masyarakat

$
0
0

KUALA LUMPUR: Media sosial, yang kini begitu popular dalam kalangan masyarakat, sebenarnya menjadi penilai kepada tahap intelek dan nilai moral sesuatu masyarakat.

Kritikan melampau terhadap sesuatu isu yang menjadi viral dalam aplikasi tertentu dalam media sosial, nyata boleh mengundang kepada keadaan panik, menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam masyarakat.

Malah pakar agama Islam juga menegur perbuatan kritikan sedemikian sebagai satu dosa yang berpanjangan selagi ada pihak membaca kritikan dan menyebarkan ia kepada pihak lain.

Pakar Perunding Psikiatri, Pusat Pakar Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari berkata keghairahan mengkritik melampau berkenaan maklumat atau isu tertentu adalah tindakan yang buruk mencerminkan pemikiran mereka yang kurang bijak.

“Nak popular biarlah popular dengan perkara yang baik dan bukannya popular dengan cara menjadi orang pertama yang menyebarkan benda buruk kerana akhirnya ia mencerminkan sikap buruk individu itu sendiri,” katanya kepada Bernama.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata perbuatan mengutuk adalah perbuatan orang yang jahil dari segi hukum agama.

“Kalau hanya mengulas berunsur nasihat tidak mengapa tetapi jika mencaci, menghina, adalah satu dosa,” kata Dr Harussani.

Penceramah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata larangan agama itu jelas dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Quran;”jangan kamu berburuk sangka, menghina, mengata, walaupun mungkin benda itu benar.”

Beliau berkata Islam menyuruh umatnya tidak mengeluarkan tulisan-tulisan tidak baik lebih-lebih lagi kepada orang yang telah meninggal dunia.

“Selagi mana mereka tidak memohon maaf kepada individu terbabit atau keluarga mereka, dosa itu tidak akan terhapus dan ia akan memberatkan kita di hari akhirat,” katanya.

Setiausaha Agung, Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Mohd Noor berpendapat menulis perkara tidak baik juga mendatangkan dosa sama seperti bercakap perkara tidak baik.

“Walau mulut tidak bercakap tetapi jari itu yang bercakap (menerusi penulisan),” katanya.

-Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles