
SEPAK mula Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) musim kedua menyaksikan 98 gol dicetak menerusi saingan dalam tujuh zon.
Tumpuan pastinya terarah aksi Zon Timur di Padang SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas apabila tuan rumah, Rantau Panjang melaungkan amaran awal dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Hulu Terengganu.
Pengendali Rantau Panjang, Juha Ismail menyifatkan kemenangan itu permulaan memberangsangkan buat pasukannya mengharungi saingan Kumpulan 2.
“Pemain menunjukkan kesungguhan tinggi untuk menang walaupun separuh masa pertama seimbang.
“Kemenangan ini pastinya akan melonjakkan semangat barisan pemain dan kami mengharapkan momentum ini akan diteruskan pada perlawanan akan datang,” katanya.
-Sinar Harian