Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Tukar pengakuan

$
0
0
mahkamahhh_1476078683

Petaling Jaya : Dua lelaki yang didakwa memiliki, membaling dan meletupkan bom tangan hingga menyebabkan kecederaan terhadap lapan mangsa di pusat hiburan Movida, Puchong, Jun lalu, menukar pengakuan mereka kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Pengakuan itu dibuat kedua-dua tertuduh, Imam Wahyuddin Karjono, 21, penganggur dan Jonius Ondie@Jahali, 24, pekerja kilang, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Sebelum ini, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 25 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan pengganas dengan cara membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis ‘Fuze M213’ sehingga menyebabkan kecederaan terhadap lapan mangsa di premis itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka dengan niat melanjutkan suatu perjuangan ideologi dan semunasabahnya diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia.

Pada awal Julai lalu, media melaporkan kejadian letupan bom tangan di sebuah pusat hiburan Movida di Puchong disahkan didalangi kumpulan pengganas Daesh, menjadikannya serangan keganasan pertama yang dilancarkan kumpulan itu di negara ini.

Dalam kejadian itu, lapan orang dilaporkan cedera ketika orang ramai sedang menonton kejohanan bola sepak Euro 2016.

-Harian Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles