Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Wales seri lagi!

$
0
0
Wales' forward Gareth Bale (centre R) vies with Georgia's defender Solomon Kverkvelia (C) as he jumps to score the team's first goal during the World Cup 2018 football qualification match between Wales and Georgia at Cardiff City Stadium in Cardiff, south Wales on October 9, 2016.  / AFP PHOTO / Geoff CADDICK

Cardiff, Wales: Wales yang layak ke separuh akhir Euro 2016 seri 1-1 dengan Georgia di Cardiff awal pagi semalam ketika usaha mereka mara ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 berdepan halangan.

Keputusan itu menyusuli keputusan seri 2-2 dengan Austria empat hari lalu apabila skuad Chris Coleman menyesal kerana tidak memanfaatkan banyak peluang pada separuh masa pertama.

Tandukan bintang Real Madrid Gareth Bale meletakkan Wales di depan pada minit ke-10 namun Georgia bangkit selepas separuh masa, menyamakan kedudukan menerusi tandukan Tornike Okriashvili pada minit ke-57.

Georgia hampir memenangi perlawanan itu lewat permainan apabila sepakan Valeri Kazaishvili terkena palang.

“Orang akan melihat ini sebagai kehilangan dua mata tapi pada akhirnya ia mungkin satu mata yang kami peroleh pada separuh masa kedua,” kata Coleman.

“Kami bermula dengan baik tapi anda perlu lebih berwaspada. Kami tidak berbuat demikian dan dihukum, kami cuba bangkit tapi sudah terlalu lewat kerana mereka sudah memiliki keyakinan ketika itu.”

Keputusan itu menyaksikan Wales yang sebelum ini berada di puncak Kumpulan D merudum ke tangga ketiga. – AFP/harian metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles