
KUALA LUMPUR: Reman ke atas seorang pemuda berusia 23 tahun yang disyaki membunuh ibunya di sebuah kondominium di Ampang pada Isnin minggu lalu dilanjut hingga Isnin minggu depan.
Ia dilanjut mulai semalam, kata Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias.
Penganggur itu dipercayai berada bawah pengaruh dadah apabila dia dipercayai menetak dan menikam ibunya yang berumur 49 tahun dengan parang hingga maut.
Dia kemudian dilapor menyerah diri di Balai Polis Komunti Bukit Indah beserta parang yang berlumuran darah di mana dia ditahan. – Bernama